Monday, January 17, 2011

Bila Rindu Dilepas Pada Bayang-Bayang....


Wahai Kekasih,Mengapa Dikau Menghilang? Mungkin Apa Yang Telah Ku Lakukan? Bukan Maksudku Meninggalkan mu,Tapi Terpaksa Aku Kepergian Lantaran Demi Orang Tuaku,Tapi Tak Ku Sangka, Aku Dapat Kembali. Tetapi Mengapa Kau Pergi Tanpa Berkata-Kata...................
 
Dia datang tanpa diduga,
Dia menjelma dalam kalbu suci,
Dia berputik bila kasih disemai,
Akan berkembang jika dibelai.

Tidak layu ditampar duka,
Duka dihilang bila merindu,
Kasih berjauhan akan dirasai,
Betapa ia subur disimpan dalam sanubari.

Perindu berduka bila kelamaan,
Masa juga pengikis si rindu,
Sakit merana itulah balanya,
Kasih bertaut sudah terputus hati.

Hanya bayang-bayang penganti kasih,
Tiada wajah,tiada lontaran suara,
Hanya perindu keseorangan kesepian,
Di tepi jendela tempat perlabuhan.

Waktu masa tidak menunggu,
Terus berlalu tidak berkata,
Rindu berkembang tiada guna,
Dilepas sepi tanpa pertandaan.


Sunday, January 16, 2011

Bongak......


Tiada akal dicetus murni,
Segala hiasi minda tidak dijana,
Hati dan pemikiran selalu dipisah,
Segala nafsu digagahkan,
Nescaya kekangan terhadap kecerdikan dapat dibelah,

Mereka tidak bersatu elemen,
Akal,minda,hati,sanubari dan anggota terberai,
Hubungan sebagai ikatan semurni jati diri dihiris,
Bermuluran darah kebodohan burcucuran,
Alangkah terhina bila dicerca.

Memandang kiri terhadap yang suci,
Mengankat kaki bila dibaca ayat,
Dihulur kata tiada dihirau,
Sungguh berdangkal ayat bila dibahas,
Umpama si keldai kehulu-kehilir.

Umur harus dilangkah berlalu,
Masa sedikit tidak menanti,
Sedihnya terasa bila menyedari,
Itulah  hakikat bila berpaling diri,
Rugi menanti senja diakhiri.

Jangan diterus walau dipanah,
Berkekalan bongak jika tidak berbuah baru,
Melangkah maju wahai si bongak,
Jangan menjadi tanah yang dipijak,
Tanah lagi beruntung jika dimanfaat.

Bila Lagu Bertelangkah Dengan Irama...


Lagu
Mengapa kamu bersisih hati,
Mengapa kamu berlari sepi,
Mengapa kamu mengunci diri,
Dimana kamu akan berteman lagi.

Lagu
Jangan kau biar duka menyiksa temanmu,
Jangan kau tinggal kekasih bersamamu,
Jangan kau renggankan ikatan murnimu,
Musnahlah harapan si penggubah kamu.

Irama
Hilangkan egoismu terlampau,
Hilangkan sifatmu yang tercela,
Hilangkan segala kotor-kotor kata,
Nescaya kamu berdua akan bersenyuman.

Irama
Jagalah teman yang berpekerti,
Jagalah hubungan sanubari,
Jagalah akar yang mencengkam kasih,
Benih duka gelora dapat dicincan habis.

Lagu dan irama
Bersatu berdua melengkap penuh,
Saling mengikat antara satu
Memain hati si pengubah,
Bahagia tercipta bila dialung.



Thursday, January 13, 2011

FAKTA MENGENAI ELANII



-elani adalah s'orang yg berdaya saing dan mempunyai sifat kepimpinan yg amat tidak dikagumi oleh orang lain.

-mempunyai gaya tidur yg orang lain tengok lain dari yg lain dan tidak masuk akal dengan keadaan nya.

-selalu dimarahi oleh kawan2.

-selalu dikomplen kenkawan.

-selalu dipangkahi oleh kenkawan.

-selalu bergurau dngn payed.

-mempunyai sifat relax dan macho.

-sangat mencintai kaum wanita.terutamanya dot dot dot.

-masih bujang teruna dara.

-pinjam cd window towan dan masih xhantar lg sampai skang..towan marah sebab towan nak fomat latop die.

-dalam xternal die ada folder HIGHWAY dan untuk tujuan study group sahaja,tp geng2 len xpuwas ati sebab xshare.

-skang dimarahi oleh geng2 sebab kad CIDB masih xdapat, dan duit 50 ringgit.

p/s : huhu...sajo nop mengato,lepah nie azrif pulok..ready lah mangsa seterusnyo...(gurauan semata lembu,tiada kene-mengena dengan azrif mahupun bangaurudin dan hafizi ibnu kasmuri, sebarang perKomengan sila hantar melalui komen dibawah..surat menyurat tidak akan dilayan)

Wednesday, January 12, 2011

Kejadian Pelepasan Gas Terlarang....


Pada waktu pembelajaran dalam kelas dka3a,masa tu kita sem 3 la. Seingat aku dalam subjek kejuruteraab bahan dan binaan 3, dan masa itu juga, lec tak masuk kelas lagi so kiteorang tunggu kat kelas. Lagipun cik suhaimi baba tu asyik datang lambat dan mengambil kesempatan atas datang lambat dengan memanjangkan sesi peembelajaran. Itu adalah salah satu isu besar yang melanda pada budak2 dka3a. Tapi yang menjadi topik ahangat kali ini ialah kejadian yang tidak disangka dan tidak diduga.

Semasa dalam kelas, kami semua macam peniaga2 pasar malam yang tengah klimax menjual kerana kelantangan suara masing2 dapat menakluki telinga si pendengar semua. Walaupun bising,kami semua duduk tempat masin2 tau. Kelas yang mempunyai budak berjurus dan budak bonggak.

Bila mununggu dan terus mewaitting, tiba2 datang satu lec lain masuk dan memberi amaran lantaran kebisingan.

Selepas ditegur dengan amaran lisan oleh lec itu, semua anak kapal kelas dka3a mula la senyap macam seolah-olah macam orang sakit gigi yang melampau ye lah tak boleh bercakap la kalau orang sakit gigi melampau.

Tibe2, jeng! Jeng!. Aku yang sedang bermusyuarat dengan khairuddin yang untuk sesi berkata-kata bila memerhati perempuan dalam kelas itu, tapi selepas itu aku kedengaran tuttttt!! Tut! Tuttt! Dan berbau. Dan seraya aku berkata “angkara sapekah yang sangup berbuat sedemikia?” mungkin orang lain tidak kedengaran disebabkan kebisingan sudah bersambung kembali selepas setengah jam amaran lec itu tadi berlalu.

Dalam masa yang sama,aku terbau bau yang menusuk hidung aku dan membuat aku berkerut muka. Aklu bertanya soalan kepada kawan aku tadi “mu ado bau dop?” lantas dia membalas dengan nada hairan “emm,bau gapo?” aku pon berdiamkan diri lantanran kebonggakan beliau tak tau ape2. Takkan aku sorang berbau sedangkan dia berada di tepi aku.

Selepas itu,tak sampai beberapa minit,kawan aku tadi bersuara, ”menate bab*,sapo la hok ketu* ni!”dengan nada yang marah. Tengok kawan aku ni punya lah deria rasa lambat bertindak. Aku pon mngeluh dengan kawan aku tadi. Hummmmmmm!.

Dan aku dan kawan aku yang terhidu gas tadi meneka sapa punya angkara tadi tu. Mula2,aku dan kawan aku tadi meneka kat perempuan barisan depan meja aku dan kawan aku itu, yela meja panjang.aku teka yang baris meja yang depan aku. Ade la beberapa perempuan.

Selepas aku dan kawan aku meneka,dan memeberi keputusan yang tiada bukti,pastu gelak sesama.ahahaha memang bonggak aku masa itu.

Dan selepas itu, baru lah cik suhaimi baba masuk dan memberitahu yang dia ada keje tadi.
Dan pembelajaran pun berlaku.
>>>>>>>>>>>>>>>>>The end.<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

Tuesday, January 11, 2011

Musim Berpraktikal....


bermulanya masuk sem 4,semua rakyat poli akan berpraktikal(diploma sahaja) dan tidak lupa kelas aku DKA4A yang dileadership oleh lani@lanzikin dan ditolong leadership ialah C-ken(nama sebenar tok ingat), juga berperaktikal. tapi semuanya berbeza tempat ada yang kontraktor,ada yang perunding,yang lain2 aku tak tahu,

anak2 kapal kelas kami banyak dan aku malas untuk mengelist nya kerana aku tok ingat semua,aku da list tadi tapi separuh jalan je(compius).

"walaupun kita berada jantung masing2 yang jaga"
"seandainya masa dan keadaan memisahkan kita,memang pun kita berpisah"
"makan berlainan,minum apatah lagi"

semua yang berperaktikal,diharap makan banyak2 kerana untuk menjaga kesihatan dan pembesaran. kepada lani,kimi,aku,meran dan sesapa je yang perut labuh sedikit kedepan,sila kawal pemakanan anda,kerana perut anda sedang diperhatikan oleh masyarakat lain.

dan tidak lupe juga kepada yang berkulit putih,hati-hati lah semasa berada dalam opis kerana kulit anda tak kan berubah kecuali anda stay kat site,kulit anda akan dihangusi oleh bahang mentari. contoh terdekat>>farid md din, beliau adalah contoh tak beberapa baik kerana bekerja ikut masa. masa keluar makan tgh hari bersam tetamu berhormat aku dan baha, dia selalu tepat pukul 2 pm balik ke site,aku dan baha merasa berkurang dengan dia.tapi tak kisah kerana dia ada belanja makan nasik ari tu,even sekali,ia akan dikenang.

kepada towan,aku sering kedengaran yang dia jarang masuk opis apatah lagi site, untuk keselamatan anda,sila berjumpa doktor gig untuk pemeriksaan gigi 2 kali sebulan.

kepada kimi dan puterinya yang berada di tanah merah, sila melawat lah pantai timur buat ambil angin atau setidak-tidaknya pergi kat pasar besar tanah merah tu.

kepada piji dan alif,selalu lah menjeguk balai polis berdekatan dengan anda, kerana mereka semua adalah pakcik2 kita belaka.

kepada semua yang berada jauh nun disana,diharap dapat beristirehat bersama bos anda tersayang, moga segala staf2 yang berkerja bersama anda sihat belaka di samping keluarga tersayang.

di akhiri dengan sibilah parang@pantun:

mungkin hari ini kita makan nasi,
atau esok kita makan kfc,
janganlah kita makan makanan basi,
kerana akan sesekali anda sakit gusi.

chaow.....______azriffaziz91

Sunday, January 9, 2011

ChurpChurp | Social Share » Massive discounts at the Celcom Everyone Sale today! (Preview)

ChurpChurp | Social Share » Massive discounts at the Celcom Everyone Sale today! (Preview)

POHON AMPUN POHON MAAF

Asalamualaikom..ampun dan maaf kpd sume kenkawan coz xupdat blog nie...actualy,aku nie xberapo nop panda bab2 kare2 ayat neh...so aku arap puok2 mg buleh lah wat blog diri etep..pah aku wat sep mg admin,buleh pakat2 update..pasa sek2 kito blako...pado azrif,mitok tulom update etep blog nie..